BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 16, 2009

...temuduga tertutup...

Semua akan dikehendaki hadir tanpa pengecualian...

KEKOSONGAN JAWATAN
:

A) Ahli syurga dari awal.
B) Ahli neraka dari awal.
C) Ahli neraka sementara, kemudian akan dilantik menjadi ahli syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (KHAS UNTUK JAWATAN A) :


1) Nikmat kubur.
2) Perlindungan di Padang Mahsyar.
3) Keselamatan meniti titian sirat.
4) Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :
Bila-bila masa bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :
Di alam kubur (Alam Barzakh).

KELAYAKAN :


1) Anda tidak perlu membawa sijil-sijil.
2) Anda tidak perlu membawa pingat kejayaan anda.
3) Anda tidak perlu membawa wang atau harta yang banyak.
4) Anda tidak perlu mempunyai rupa paras yang cantik, hensem, berbadan tegap, seksi, memiliki suara yang merdu dan terkenal dengan kejayaan.
5) Anda hanya perlu membawa dokumen asal Iman dan Amal anda semasa di dunia.

PANEL PENEMUDUGA :
Orang yang anda akan geruni iaitu Munkar dan Nakir.

6 SOALAN BOCOR :


1) Siapa Tuhan anda?
2) Apa agama anda?
3) Siapa nabi anda?
4) Apa kitab anda?
5) Di mana kiblat anda?
6) Siapa saudara anda?

CARA MEMOHON :


Anda perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :


Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini :
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika dia masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di kedua belah hujung kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala. Maka solat itu berkata kepada malaikat, “Dari arasku tidak ada jalan masuk”. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepada malaikat, “Dari arasku tidak ada jalan masuk”. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata, “Dari arasku tidak ada jalan masuk”. Kemudian didatangi dari arah kedua-dua hujung kakinya dan berkatalah amal kebajikan, “Di bahagianku tidak ada jalan masuk”. Maka malaikat berkata kepadanya, “Duduklah kamu”. Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mulai terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu, “Apakah pandangan kamu terhadap seorang lelaki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya, dan bagaimana penyaksian kamu terhadapnya?”. Maka berkata mayat itu, “Tinggalkan aku sebentar, aku hendak bersembahyang”. Maka berkata malaikat, “Sesungguhnya mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu terhadap seorang lelaki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya dan bagaimana penyaksian kamu terhadapnya?”. Maka berkata mayat itu, “Lelaki itu ialah Nabi Muhammad s.a.w., pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah s.w.t.”. Maka malaikat akan berkata kepada mayat itu, “Demikianlah”.

TANDA-TANDA SAAT KEMATIAN :


a) 100 hari :Seluruh badan rasa bergegar.
b) 60 hari :Pusat rasa bergerak-gerak
c) 40 hari :Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-Kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
d) 7 hari :Mengidam makanan.
e) 5 hari :Anak Lidah bergerak-gerak
f ) 3 hari :Bhagian tengah di dahi bergerak-gerak
g) 2 hari :Seluruh dahi rasa bergerak-gerak
h) 1 hari :Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu sbuh dan asar.
i) Saat akhir :Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan). Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.

0 comments: