BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 19, 2009

Detik-detik Rasulullah saw Menghadapi Sakaratul Maut...

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Monday, March 16, 2009

...kepada mereka...

Nak kata dah kahwin,
Rasanya belum lagi,
Bila tanya bila nak kawin?
Entahlah, tak tau lagi...

Perangai mengalahkan orang dah kahwin,
Berkepit sana-sini,
Padahal bukan mahram,
Ikut trend masa kini...

Hairan , pegang tangan tak takut dosa ke,
Berpeluk-pelukkan tak tau malu ke,
Tak kasihan mak abah ke,
Hantar suruh belajar tapi buat leka...

Nak kata tak belajar agama,
Kecik-kecik mak abah dah hantar,
Sekarang nak salahkan siapa kalau buat dosa,
Sendiri bangang sebab x ikut apa yg diajar...opss

Belajar tinggi2 sampai gayat,
Tapi tak amal sepanjang hayat,
Islam tu kan penyelamat,
Bila nak amal? Tunggu sampai jadi mayat?
Dulu masa single okey jer,
Sekarang dah couple banyak lak dosa,
Bila org tegur buat derk jer,
Apa kulit dah tebal nak masuk neraka?

Suruh sembahyang...nanti..nanti..
Boyfriend tepon terus pergi,
Nak bersyukur nikmat Allah x reti,
Boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji...

Yang si mamat nie pun sama,
Suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama,
Mana taknya dah berjanji hidup bersama,
Sampai SOLAT JUMAAT pun nak dikerjakan bersama...

Kalau diri dah gatal sangat,
Kawin jer cepat lagi selamat,
Ni couple takde matlamat,
Sajer suka penuhi syarat...

Pegang sana pegang sini,
Tak takut ker susut nilai,
kawin...belum tentu lagi,
kalau x jadi...x ker hilang permata bernilai...
Tulah...ALLAH bg akal x pakai,
ALLAH bg hati x tahu menilai,
diri sendiri yg lalai ,
baik buruk pun x reti nak nilai...

Kalau org cakap marah,
bila org nasihat melenting,
“taulah...taulah x payah sesusah”,
tau lak senyap bila dah bunting...

La ni baru nak ingat tuhan,
itupun nasib baik ingat,
menangis dah x leh nak tahan,
baru sekarang menyesal bangat...

Nasib baik ALLAH itu Maha Penyayang,
itu pun nasib baik umur masih panjang,
ada peluang nak mengucap panjang,
mintak ampun, panjat doa memanjang...

Perkara lepas jgn dikenang,
pintu taubat terbuka luas,
hidup bkn utk bersenang-senang,
meraih & mencari redha Allah yg Maha Luas...




...temuduga tertutup...

Semua akan dikehendaki hadir tanpa pengecualian...

KEKOSONGAN JAWATAN
:

A) Ahli syurga dari awal.
B) Ahli neraka dari awal.
C) Ahli neraka sementara, kemudian akan dilantik menjadi ahli syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (KHAS UNTUK JAWATAN A) :


1) Nikmat kubur.
2) Perlindungan di Padang Mahsyar.
3) Keselamatan meniti titian sirat.
4) Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :
Bila-bila masa bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :
Di alam kubur (Alam Barzakh).

KELAYAKAN :


1) Anda tidak perlu membawa sijil-sijil.
2) Anda tidak perlu membawa pingat kejayaan anda.
3) Anda tidak perlu membawa wang atau harta yang banyak.
4) Anda tidak perlu mempunyai rupa paras yang cantik, hensem, berbadan tegap, seksi, memiliki suara yang merdu dan terkenal dengan kejayaan.
5) Anda hanya perlu membawa dokumen asal Iman dan Amal anda semasa di dunia.

PANEL PENEMUDUGA :
Orang yang anda akan geruni iaitu Munkar dan Nakir.

6 SOALAN BOCOR :


1) Siapa Tuhan anda?
2) Apa agama anda?
3) Siapa nabi anda?
4) Apa kitab anda?
5) Di mana kiblat anda?
6) Siapa saudara anda?

CARA MEMOHON :


Anda perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :


Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini :
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika dia masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di kedua belah hujung kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala. Maka solat itu berkata kepada malaikat, “Dari arasku tidak ada jalan masuk”. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepada malaikat, “Dari arasku tidak ada jalan masuk”. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata, “Dari arasku tidak ada jalan masuk”. Kemudian didatangi dari arah kedua-dua hujung kakinya dan berkatalah amal kebajikan, “Di bahagianku tidak ada jalan masuk”. Maka malaikat berkata kepadanya, “Duduklah kamu”. Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mulai terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu, “Apakah pandangan kamu terhadap seorang lelaki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya, dan bagaimana penyaksian kamu terhadapnya?”. Maka berkata mayat itu, “Tinggalkan aku sebentar, aku hendak bersembahyang”. Maka berkata malaikat, “Sesungguhnya mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu terhadap seorang lelaki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya dan bagaimana penyaksian kamu terhadapnya?”. Maka berkata mayat itu, “Lelaki itu ialah Nabi Muhammad s.a.w., pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah s.w.t.”. Maka malaikat akan berkata kepada mayat itu, “Demikianlah”.

TANDA-TANDA SAAT KEMATIAN :


a) 100 hari :Seluruh badan rasa bergegar.
b) 60 hari :Pusat rasa bergerak-gerak
c) 40 hari :Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-Kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
d) 7 hari :Mengidam makanan.
e) 5 hari :Anak Lidah bergerak-gerak
f ) 3 hari :Bhagian tengah di dahi bergerak-gerak
g) 2 hari :Seluruh dahi rasa bergerak-gerak
h) 1 hari :Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu sbuh dan asar.
i) Saat akhir :Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan). Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.

Friday, March 13, 2009

renung2kan n selamat beramal...



Adalah seorang hamba Allah ni...dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan...Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng! ... bunyi...... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg dalam kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja..
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. . Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi...
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni... Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit jugak tali tu. Cis, lagi satu... Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya.Berfikir lagi.... Kalau naik kat atas makan dek harimau... Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba...... terdengar satu bunyi....... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi.. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.Hamba Allah tu kata...Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni...kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah...
Kalau semua nak tahu ...si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.Tali tempat hamba Allah bergayut tadi adalah jangka hayat kita... kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita..Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah...Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullahala'zim...
1 minit untuk mengingati Allah...
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan subhanallah...alhamdulillah...lailahaillallah...allahuakbar...