BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 28, 2010

cinta luar biasa


Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kpd umatnya..
Hingga pd hembusan nafasnya yg terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati...ummati...ummati...

Cinta luar biasa..

Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..


Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Siti Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..

Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan..


Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..

Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yg sentiasa membenarkan..

Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan..

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..

Ditinggalkan di tanah yg gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..

Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..

Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yg teguh atas segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..

Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman..

Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??

WaNita SoleHaH ~ Bidadari Mencemburui Kesolehannya



Perhiasan yang menjadi dambaan..

Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.



"Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuni syurga. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun di tengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga. Maka diciptakanNya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.

Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?

Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati. Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada Zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah s.a.w.

" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."

Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.

Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.

Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati, tetapi haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal di mana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas.

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.

Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya (suatu perhambaan yang tersirat). Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan`palsu' ini. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!

Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. Wanita solehah membawa ketenangan. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

Monday, September 7, 2009

buat muslimah
























Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman di bibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekati dan ditangkap lari.
Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.
Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat pd suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah bunga cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan menyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan rupa paras untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah kerana menghitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.
Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberianNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.
Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus...di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:
"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari ALLAHlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53.

Friday, September 4, 2009

mulianya seorang wanita


Mulianya seorang wanita disisi ALLAH..
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
pada keluarga, suami dan anak-anak..
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak..
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka…..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim..dia bekerja
dengan Tuhan..jadi ‘kilang ‘ manusia..
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang..
tetapi ALLAH anggap waktu itu sembahyang terbaik darinya..
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari..
Cuti ini bukan cuti suka hati..
tapi cuti yang ALLAH beri sebab dia bekerja dengan ALLAH..
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita..
Sepanjang dia mengandung
ALLAH sentiasa mengampunkan dosanya..
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis..
Inilah nikmat ALLAH beri kepada wanita..
jadi kenapa perlu takut nak beranak..??

Marilah kita pegang kepada tali ALLAH..
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin..itu dianggap
mati syahid..ALLAH izinkan terus masuk Syurga..
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
ALLAH beri kelonggaran siksa kubur..
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami..
seluruh kebaikan suaminya..semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung...

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari...
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran ALLAH keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat..dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya...
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga...
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat..
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini...

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
ALLAH agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala atau kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi...

Woman was made from the rib of man...
She was not created from his head to top him..
Nor form his feet to be stepped upon..
She was made from his side to be close to him..
From beneath his arm to be protected by him..
Near his heart to be loved by him..

” Ya ALLAH..
ku tak layak ke syurgamu..
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu..
kamilah hamba yang mengharap belas dari-Mu..

“Ya ALLAH..
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia”..

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah ‘Laa ilaaha illalLah’ ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): “Wahai manusia, Ucaplah ‘Laa ilaaha illalLah’, kamu pasti berjaya!”

Thursday, August 6, 2009

petua tercekik tulang

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..!!

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:
"pesal duduk macam nak berlari jerr nie...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
"ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. –Hutang kereta/ rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!


Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!!

Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh...

Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound:
"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "
Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggan..!!! "
Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)
"Nie, pehal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he he"-kataku.

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..

Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)
Aku kata: "senang jerr...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "

HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.

Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..
Semuanya dari Allah!!!

He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (superman pun akan jadi mayat)...

Thursday, April 30, 2009

... Man Tapah ...

Seperti biasa, Cikgu Nasyor nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.
Cikgu Nasyor mengajar budak tahun satu.
Pada hari tersebut, beliau mengajar bab "cara berwudhuk".
Selepas mengajar, beliau selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.
Cikgu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Tapah.
Man : Ada Cikgu...saya ada satu kemusykilan.
Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Cikgu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Cikgu : Allahhuakbarr!!!

Thursday, March 19, 2009

Detik-detik Rasulullah saw Menghadapi Sakaratul Maut...

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Monday, March 16, 2009

...kepada mereka...

Nak kata dah kahwin,
Rasanya belum lagi,
Bila tanya bila nak kawin?
Entahlah, tak tau lagi...

Perangai mengalahkan orang dah kahwin,
Berkepit sana-sini,
Padahal bukan mahram,
Ikut trend masa kini...

Hairan , pegang tangan tak takut dosa ke,
Berpeluk-pelukkan tak tau malu ke,
Tak kasihan mak abah ke,
Hantar suruh belajar tapi buat leka...

Nak kata tak belajar agama,
Kecik-kecik mak abah dah hantar,
Sekarang nak salahkan siapa kalau buat dosa,
Sendiri bangang sebab x ikut apa yg diajar...opss

Belajar tinggi2 sampai gayat,
Tapi tak amal sepanjang hayat,
Islam tu kan penyelamat,
Bila nak amal? Tunggu sampai jadi mayat?
Dulu masa single okey jer,
Sekarang dah couple banyak lak dosa,
Bila org tegur buat derk jer,
Apa kulit dah tebal nak masuk neraka?

Suruh sembahyang...nanti..nanti..
Boyfriend tepon terus pergi,
Nak bersyukur nikmat Allah x reti,
Boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji...

Yang si mamat nie pun sama,
Suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama,
Mana taknya dah berjanji hidup bersama,
Sampai SOLAT JUMAAT pun nak dikerjakan bersama...

Kalau diri dah gatal sangat,
Kawin jer cepat lagi selamat,
Ni couple takde matlamat,
Sajer suka penuhi syarat...

Pegang sana pegang sini,
Tak takut ker susut nilai,
kawin...belum tentu lagi,
kalau x jadi...x ker hilang permata bernilai...
Tulah...ALLAH bg akal x pakai,
ALLAH bg hati x tahu menilai,
diri sendiri yg lalai ,
baik buruk pun x reti nak nilai...

Kalau org cakap marah,
bila org nasihat melenting,
“taulah...taulah x payah sesusah”,
tau lak senyap bila dah bunting...

La ni baru nak ingat tuhan,
itupun nasib baik ingat,
menangis dah x leh nak tahan,
baru sekarang menyesal bangat...

Nasib baik ALLAH itu Maha Penyayang,
itu pun nasib baik umur masih panjang,
ada peluang nak mengucap panjang,
mintak ampun, panjat doa memanjang...

Perkara lepas jgn dikenang,
pintu taubat terbuka luas,
hidup bkn utk bersenang-senang,
meraih & mencari redha Allah yg Maha Luas...




...temuduga tertutup...

Semua akan dikehendaki hadir tanpa pengecualian...

KEKOSONGAN JAWATAN
:

A) Ahli syurga dari awal.
B) Ahli neraka dari awal.
C) Ahli neraka sementara, kemudian akan dilantik menjadi ahli syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (KHAS UNTUK JAWATAN A) :


1) Nikmat kubur.
2) Perlindungan di Padang Mahsyar.
3) Keselamatan meniti titian sirat.
4) Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :
Bila-bila masa bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :
Di alam kubur (Alam Barzakh).

KELAYAKAN :


1) Anda tidak perlu membawa sijil-sijil.
2) Anda tidak perlu membawa pingat kejayaan anda.
3) Anda tidak perlu membawa wang atau harta yang banyak.
4) Anda tidak perlu mempunyai rupa paras yang cantik, hensem, berbadan tegap, seksi, memiliki suara yang merdu dan terkenal dengan kejayaan.
5) Anda hanya perlu membawa dokumen asal Iman dan Amal anda semasa di dunia.

PANEL PENEMUDUGA :
Orang yang anda akan geruni iaitu Munkar dan Nakir.

6 SOALAN BOCOR :


1) Siapa Tuhan anda?
2) Apa agama anda?
3) Siapa nabi anda?
4) Apa kitab anda?
5) Di mana kiblat anda?
6) Siapa saudara anda?

CARA MEMOHON :


Anda perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :


Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini :
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika dia masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di kedua belah hujung kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala. Maka solat itu berkata kepada malaikat, “Dari arasku tidak ada jalan masuk”. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepada malaikat, “Dari arasku tidak ada jalan masuk”. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata, “Dari arasku tidak ada jalan masuk”. Kemudian didatangi dari arah kedua-dua hujung kakinya dan berkatalah amal kebajikan, “Di bahagianku tidak ada jalan masuk”. Maka malaikat berkata kepadanya, “Duduklah kamu”. Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mulai terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu, “Apakah pandangan kamu terhadap seorang lelaki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya, dan bagaimana penyaksian kamu terhadapnya?”. Maka berkata mayat itu, “Tinggalkan aku sebentar, aku hendak bersembahyang”. Maka berkata malaikat, “Sesungguhnya mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu terhadap seorang lelaki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya dan bagaimana penyaksian kamu terhadapnya?”. Maka berkata mayat itu, “Lelaki itu ialah Nabi Muhammad s.a.w., pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah s.w.t.”. Maka malaikat akan berkata kepada mayat itu, “Demikianlah”.

TANDA-TANDA SAAT KEMATIAN :


a) 100 hari :Seluruh badan rasa bergegar.
b) 60 hari :Pusat rasa bergerak-gerak
c) 40 hari :Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-Kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
d) 7 hari :Mengidam makanan.
e) 5 hari :Anak Lidah bergerak-gerak
f ) 3 hari :Bhagian tengah di dahi bergerak-gerak
g) 2 hari :Seluruh dahi rasa bergerak-gerak
h) 1 hari :Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu sbuh dan asar.
i) Saat akhir :Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan). Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.

Friday, March 13, 2009

renung2kan n selamat beramal...



Adalah seorang hamba Allah ni...dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan...Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng! ... bunyi...... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg dalam kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja..
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. . Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi...
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni... Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit jugak tali tu. Cis, lagi satu... Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya.Berfikir lagi.... Kalau naik kat atas makan dek harimau... Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba...... terdengar satu bunyi....... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi.. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.Hamba Allah tu kata...Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni...kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah...
Kalau semua nak tahu ...si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.Tali tempat hamba Allah bergayut tadi adalah jangka hayat kita... kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita..Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah...Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullahala'zim...
1 minit untuk mengingati Allah...
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan subhanallah...alhamdulillah...lailahaillallah...allahuakbar...