BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 7, 2009

buat muslimah
























Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman di bibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekati dan ditangkap lari.
Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.
Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat pd suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah bunga cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan menyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan rupa paras untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah kerana menghitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.
Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberianNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.
Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus...di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:
"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari ALLAHlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53.

Friday, September 4, 2009

mulianya seorang wanita


Mulianya seorang wanita disisi ALLAH..
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
pada keluarga, suami dan anak-anak..
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak..
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka…..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim..dia bekerja
dengan Tuhan..jadi ‘kilang ‘ manusia..
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang..
tetapi ALLAH anggap waktu itu sembahyang terbaik darinya..
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari..
Cuti ini bukan cuti suka hati..
tapi cuti yang ALLAH beri sebab dia bekerja dengan ALLAH..
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita..
Sepanjang dia mengandung
ALLAH sentiasa mengampunkan dosanya..
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis..
Inilah nikmat ALLAH beri kepada wanita..
jadi kenapa perlu takut nak beranak..??

Marilah kita pegang kepada tali ALLAH..
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin..itu dianggap
mati syahid..ALLAH izinkan terus masuk Syurga..
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
ALLAH beri kelonggaran siksa kubur..
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami..
seluruh kebaikan suaminya..semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung...

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari...
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran ALLAH keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat..dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya...
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga...
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat..
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini...

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
ALLAH agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala atau kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi...

Woman was made from the rib of man...
She was not created from his head to top him..
Nor form his feet to be stepped upon..
She was made from his side to be close to him..
From beneath his arm to be protected by him..
Near his heart to be loved by him..

” Ya ALLAH..
ku tak layak ke syurgamu..
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu..
kamilah hamba yang mengharap belas dari-Mu..

“Ya ALLAH..
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia”..

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah ‘Laa ilaaha illalLah’ ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): “Wahai manusia, Ucaplah ‘Laa ilaaha illalLah’, kamu pasti berjaya!”

Thursday, August 6, 2009

petua tercekik tulang

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..!!

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:
"pesal duduk macam nak berlari jerr nie...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
"ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. –Hutang kereta/ rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!


Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!!

Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh...

Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound:
"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "
Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggan..!!! "
Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)
"Nie, pehal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he he"-kataku.

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..

Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)
Aku kata: "senang jerr...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "

HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.

Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..
Semuanya dari Allah!!!

He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (superman pun akan jadi mayat)...

Thursday, April 30, 2009

... Man Tapah ...

Seperti biasa, Cikgu Nasyor nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.
Cikgu Nasyor mengajar budak tahun satu.
Pada hari tersebut, beliau mengajar bab "cara berwudhuk".
Selepas mengajar, beliau selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.
Cikgu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Tapah.
Man : Ada Cikgu...saya ada satu kemusykilan.
Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Cikgu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Cikgu : Allahhuakbarr!!!

Thursday, March 19, 2009

Detik-detik Rasulullah saw Menghadapi Sakaratul Maut...

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Monday, March 16, 2009

...kepada mereka...

Nak kata dah kahwin,
Rasanya belum lagi,
Bila tanya bila nak kawin?
Entahlah, tak tau lagi...

Perangai mengalahkan orang dah kahwin,
Berkepit sana-sini,
Padahal bukan mahram,
Ikut trend masa kini...

Hairan , pegang tangan tak takut dosa ke,
Berpeluk-pelukkan tak tau malu ke,
Tak kasihan mak abah ke,
Hantar suruh belajar tapi buat leka...

Nak kata tak belajar agama,
Kecik-kecik mak abah dah hantar,
Sekarang nak salahkan siapa kalau buat dosa,
Sendiri bangang sebab x ikut apa yg diajar...opss

Belajar tinggi2 sampai gayat,
Tapi tak amal sepanjang hayat,
Islam tu kan penyelamat,
Bila nak amal? Tunggu sampai jadi mayat?
Dulu masa single okey jer,
Sekarang dah couple banyak lak dosa,
Bila org tegur buat derk jer,
Apa kulit dah tebal nak masuk neraka?

Suruh sembahyang...nanti..nanti..
Boyfriend tepon terus pergi,
Nak bersyukur nikmat Allah x reti,
Boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji...

Yang si mamat nie pun sama,
Suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama,
Mana taknya dah berjanji hidup bersama,
Sampai SOLAT JUMAAT pun nak dikerjakan bersama...

Kalau diri dah gatal sangat,
Kawin jer cepat lagi selamat,
Ni couple takde matlamat,
Sajer suka penuhi syarat...

Pegang sana pegang sini,
Tak takut ker susut nilai,
kawin...belum tentu lagi,
kalau x jadi...x ker hilang permata bernilai...
Tulah...ALLAH bg akal x pakai,
ALLAH bg hati x tahu menilai,
diri sendiri yg lalai ,
baik buruk pun x reti nak nilai...

Kalau org cakap marah,
bila org nasihat melenting,
“taulah...taulah x payah sesusah”,
tau lak senyap bila dah bunting...

La ni baru nak ingat tuhan,
itupun nasib baik ingat,
menangis dah x leh nak tahan,
baru sekarang menyesal bangat...

Nasib baik ALLAH itu Maha Penyayang,
itu pun nasib baik umur masih panjang,
ada peluang nak mengucap panjang,
mintak ampun, panjat doa memanjang...

Perkara lepas jgn dikenang,
pintu taubat terbuka luas,
hidup bkn utk bersenang-senang,
meraih & mencari redha Allah yg Maha Luas...




...temuduga tertutup...

Semua akan dikehendaki hadir tanpa pengecualian...

KEKOSONGAN JAWATAN
:

A) Ahli syurga dari awal.
B) Ahli neraka dari awal.
C) Ahli neraka sementara, kemudian akan dilantik menjadi ahli syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (KHAS UNTUK JAWATAN A) :


1) Nikmat kubur.
2) Perlindungan di Padang Mahsyar.
3) Keselamatan meniti titian sirat.
4) Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :
Bila-bila masa bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :
Di alam kubur (Alam Barzakh).

KELAYAKAN :


1) Anda tidak perlu membawa sijil-sijil.
2) Anda tidak perlu membawa pingat kejayaan anda.
3) Anda tidak perlu membawa wang atau harta yang banyak.
4) Anda tidak perlu mempunyai rupa paras yang cantik, hensem, berbadan tegap, seksi, memiliki suara yang merdu dan terkenal dengan kejayaan.
5) Anda hanya perlu membawa dokumen asal Iman dan Amal anda semasa di dunia.

PANEL PENEMUDUGA :
Orang yang anda akan geruni iaitu Munkar dan Nakir.

6 SOALAN BOCOR :


1) Siapa Tuhan anda?
2) Apa agama anda?
3) Siapa nabi anda?
4) Apa kitab anda?
5) Di mana kiblat anda?
6) Siapa saudara anda?

CARA MEMOHON :


Anda perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :


Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini :
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika dia masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di kedua belah hujung kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala. Maka solat itu berkata kepada malaikat, “Dari arasku tidak ada jalan masuk”. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepada malaikat, “Dari arasku tidak ada jalan masuk”. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata, “Dari arasku tidak ada jalan masuk”. Kemudian didatangi dari arah kedua-dua hujung kakinya dan berkatalah amal kebajikan, “Di bahagianku tidak ada jalan masuk”. Maka malaikat berkata kepadanya, “Duduklah kamu”. Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mulai terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu, “Apakah pandangan kamu terhadap seorang lelaki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya, dan bagaimana penyaksian kamu terhadapnya?”. Maka berkata mayat itu, “Tinggalkan aku sebentar, aku hendak bersembahyang”. Maka berkata malaikat, “Sesungguhnya mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu terhadap seorang lelaki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya dan bagaimana penyaksian kamu terhadapnya?”. Maka berkata mayat itu, “Lelaki itu ialah Nabi Muhammad s.a.w., pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah s.w.t.”. Maka malaikat akan berkata kepada mayat itu, “Demikianlah”.

TANDA-TANDA SAAT KEMATIAN :


a) 100 hari :Seluruh badan rasa bergegar.
b) 60 hari :Pusat rasa bergerak-gerak
c) 40 hari :Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-Kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
d) 7 hari :Mengidam makanan.
e) 5 hari :Anak Lidah bergerak-gerak
f ) 3 hari :Bhagian tengah di dahi bergerak-gerak
g) 2 hari :Seluruh dahi rasa bergerak-gerak
h) 1 hari :Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu sbuh dan asar.
i) Saat akhir :Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan). Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.

Friday, March 13, 2009

renung2kan n selamat beramal...



Adalah seorang hamba Allah ni...dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan...Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng! ... bunyi...... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg dalam kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja..
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. . Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi...
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni... Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit jugak tali tu. Cis, lagi satu... Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya.Berfikir lagi.... Kalau naik kat atas makan dek harimau... Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba...... terdengar satu bunyi....... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi.. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.Hamba Allah tu kata...Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni...kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah...
Kalau semua nak tahu ...si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.Tali tempat hamba Allah bergayut tadi adalah jangka hayat kita... kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita..Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah...Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullahala'zim...
1 minit untuk mengingati Allah...
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan subhanallah...alhamdulillah...lailahaillallah...allahuakbar...

Friday, February 27, 2009

surat dari anak mak yg dah xdegil...


Mak..... Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari..... Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter...sejuk syahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak..... itulah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa..... dan itu juga terakhir kali nya...
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..... nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dah sedia..... Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..... Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.... tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih..... kakak pun rasa hairan..... mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ....mak terus tekun menganyam...Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2.... pastu mak jemur karpet-karpet. .. pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong.. rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. ada kat dalam almari..... ada kat dalam dalam beg..... ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji.. mak cakap tak berapa cukup lagi.... ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..?? kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa... mak cuma gelak jer... eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..
Mak..... Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut..... bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...... mak tetap tak mau pi hospital.... . dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk.. Mak kata mak takmau duduk dalam hospital..... . tapi kiter berkeras juga pujukk.. nanti di hospital ada doktor....ada ubat untuk mak.. kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju... ..mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.... mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit...kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..
Mak..... amponkan kami semua... kami nak mak sehat...
kami sayang mak... kami tak mau mak sakit... kami terpaksa juga hantar mak ke hospital.... ampon kan kami yer mak....
Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itulah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter... Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta.... Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt.. kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai....mak buat kenduri kesyukuran.. .... Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...... Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj..... Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya kenapa...? Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....
Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau... Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar.... mak, kiter menipu mak kan ....ampon kan kiter.... Mak..... Jam 4.30 pagi 19/08 /1999
Bila tiba aja kat hospital.... nurse tengah balut mak dengan kain putih..... mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak..... Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak.... Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar... Adik kat sebelah diam melayan perasann... Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini.... jalan di depan terasa makin kelam..... airmata dah tak mampu di tahan.... Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela... Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong. ...sekosong hati ini..... Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ...... terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....
Mak..... Kiter masih ingat lagi... Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak... Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...... Anak2 mak yang pangku masa mak mandi.... Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak..... Kiter gosok kaki mak perlahan lahan...... Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter...... Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.." Bila makcik tu kata gitu... lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....
Mak..... Sampai takat ini surat ni kiter tulis..... kiter nangis ni..... Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi.... Takder orang yang bangun lagi..... kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...kiter rindu kat mak..! Takpa la....nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak... mak tunggu ya...!Mak.. Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... . Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja... Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak.... kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya.... kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar... Airmata kiter tak boleh tahan.... Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.... Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik... badan akak terasa panas... makk...anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .. Mak..... Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi... Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata... Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib... Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. .... entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi....semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...kiter cuba bertahan... memujuk diri sendiri tapi tak juga reda... Kiter rasa nak telefon mak... nak cakap dengan mak....anak mak yang ni dah tak betul kan ....?Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...Puas la kakak memujuk kiter.... Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Mak tau tak..di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni.... Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....
Mak.... cukup la sampai sini dulu.... kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu.... kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid... selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan .... kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak... esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula.... Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan..Kiter cuma tau alamat ni aje... Takper yer mak...kiter kasi orang lain baca... Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu... akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. sampai masuk universiti.. sampai kiter boleh rase naik kapal terbang... boleh rasa duduk kat negara orang...sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,Yang Benar Anak mak yang dah tak degil.....

Friday, February 20, 2009

Renung2kanlah sahabat2ku...

Orang kata aku lahir dari perut ibu...Bila dahaga, yang susukan aku...ibu. Bila lapar, yang suapkan aku..ibu. Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu.Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut .. Ma! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu. Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu. Bila nak bermanja.. aku dekati ibu. Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu. Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu. Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu. Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu. Bila melakukan kesalahan ... yang paling cepat marah..ibu. Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu. Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu. Aku selalu teringatkan ..Ibu. Bila sedih, aku mesti telefon... Ibu. Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu. Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu. Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! ". Bila sakit , orang paling risau adalah ..Ibu. Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu. Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu. Bila buat hal , yang marah aku dulu..Ibu. Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu. Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni .. Ibu. Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu. Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu. Yang selalu berleter kat aku.. Ibu. Yang selalu puji aku.. Ibu. Yang selalu nasihat aku.. Ibu. Bila nak kahwin ..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu. Aku ada pasangan hidup sendiri. Bila seronok... aku cari pasanganku. Bila sedih ... aku cari Ibu. Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku. Bila gagal ... aku ceritakan pada Ibu. Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku. Bila berduka, aku peluk erat Ibuku. Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku. Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu. Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku. Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu. Selalu ..... aku ingat pasanganku. Selalu ... Ibu ingat kat aku. Bila2...aku akan telefon pasanganku. Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu. Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku. Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku. Renungkan : "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, Alfatihah, Alfatihah. "warnakan diri dgn keikhlasan.. lukiskan diri dgn senyuman...Gambarkan wajah dgn kemuliaan..Lakarkan budi dihati dgn kesucian"....